Sebanyak 13 usul telah diterima sehingga 7 Mac 2012. Di dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PIBG yang diadakan pada 7 Mac 2012, 7 daripada usul-usul tersebut telah ditolak.
Selain daripada 2 usul Jawatankuasa PIBG yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-2, pada 21 Februari 2012, 6 usul yang dikemukakan oleh ahli telah diterima.
Usul-usul yang diterima dan akan dibentangkan adalah:
1. Usul dari Jawatankuasa PIBG:
1.1 Bersetuju setiap keluarga menyumbang RM40.00 bagi anak yang berada dI Tahap 2 dan RM30.00 bagi anak yang berada di Tahap 1 ke dalam akaun PIBG.
1.2 Bersetuju setiap keluarga menyumbang satu pasu bunga (pasu tanah liat) kepada pihak sekolah untuk keceriaan sekolah.
2. Usul yang dikemukakan oleh ahli adalah:
2.1 Wan Nazre b. Wan Ahmad
Mengusulkan mengadakan Qiamulail dan Program keagamaan
kepada pelajar Islam.
2.2 Arenandan A/l Balakrishnan
Mengusulkan mengadakan kelas Tamil dan kelas Cina dari tahun 1
hingga tahun 6.
2.3 Masangang bin Jame
Mengusulkan pihak sekolah menyediakan sabun di tandas untuk
mencuci tangan.
2.4 Mohd Nor bin Hassan
-Mengusulkan kelas tambahan percuma untuk tahun 4,5, dan 6.
-Mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris kepada pelajar.
2.5 Aminuddin bin Matasin
Mengusulkan tempat meletak kasut di surau dan Pusat Sumber Sekolah
bagi mengelakkan kehilangan kasut.
2.6 Yunus bin Jamuri
Mengusulkan guru bertugas mengawasi pelajar selepas tamat
persekolahan sementara menanti kehadiran ibu bapa.
Wednesday, March 3, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34
PIBG SKSR akan mengadakan mesyuarat agong kali ke-34
No comments:
Post a Comment