Search This Blog

USUL

Sebanyak 13 usul telah diterima sehingga 7 Mac 2012. Di dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PIBG yang diadakan pada 7 Mac 2012, 7 daripada usul-usul tersebut telah ditolak. Selain daripada 2 usul Jawatankuasa PIBG yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-2, pada 21 Februari 2012, 6 usul yang dikemukakan oleh ahli telah diterima. Usul-usul yang diterima dan akan dibentangkan adalah: 1. Usul dari Jawatankuasa PIBG: 1.1 Bersetuju setiap keluarga menyumbang RM40.00 bagi anak yang berada dI Tahap 2 dan RM30.00 bagi anak yang berada di Tahap 1 ke dalam akaun PIBG. 1.2 Bersetuju setiap keluarga menyumbang satu pasu bunga (pasu tanah liat) kepada pihak sekolah untuk keceriaan sekolah. 2. Usul yang dikemukakan oleh ahli adalah: 2.1 Wan Nazre b. Wan Ahmad Mengusulkan mengadakan Qiamulail dan Program keagamaan kepada pelajar Islam. 2.2 Arenandan A/l Balakrishnan Mengusulkan mengadakan kelas Tamil dan kelas Cina dari tahun 1 hingga tahun 6. 2.3 Masangang bin Jame Mengusulkan pihak sekolah menyediakan sabun di tandas untuk mencuci tangan. 2.4 Mohd Nor bin Hassan -Mengusulkan kelas tambahan percuma untuk tahun 4,5, dan 6. -Mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris kepada pelajar. 2.5 Aminuddin bin Matasin Mengusulkan tempat meletak kasut di surau dan Pusat Sumber Sekolah bagi mengelakkan kehilangan kasut. 2.6 Yunus bin Jamuri Mengusulkan guru bertugas mengawasi pelajar selepas tamat persekolahan sementara menanti kehadiran ibu bapa.

Wednesday, March 24, 2010

agenda mesyuarat agong pibg

AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan NYDP PIBG ( 10 minit )
2. Ucapan Guru Besar (10 minit )
3. Ucapan Perasmi (15 minit )
4. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang
lalu
5. Perkara berbangkit
6. Membentangkan laporan tahunan 2009 oleh
Setiausaha
7. Membentangkan penyata kewangan berakhir pada 28
Februari 2010
8. Pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2009/2010
9. Perlantikan Pengerusi sementara
10. Perlantikan jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011
11. Usul-usul
12. Ucapan penangguhan

No comments:

Post a Comment